SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU MAAHAD KAWALAN YAYASAN ISLAM KELANTAN TAHUN 2024

SYARAT KEMASUKAN BAGI TAHUN 2024

1) Terbuka kepada murid-murid yang berumur 13 tahun pada tahun 2024.

2) Syarat minimum dengan keputusan minima 4A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK) atau minima 4A dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA/UPSA) atau setaraf dengannya.

3) Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPKK, Surat Beranak, Sijil-sijil Akademik Dan Sijil Khatam Al-Quran (jika ada) yang telah disahkan bersama wang proses sebanyak RM5 ke maahad (Pusat Ujian) seperti berikut:

SEKOLAH MAAHAD PILIHAN PERTAMA YANG DIPOHON HANTAR BORANG PERMOHONAN KE PUSAT UJIAN
MAAHAD MUHAMMADI LELAKI KOTA BHARU MAAHAD MUHAMMADI LELAKI KOTA BHARU
MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU
MAAHAD SAINS TOK GURU PENGKALAN CHEPA MAAHAD SAINS TOK GURU PENGKALAN CHEPA
MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL SAADAH LILBANAT BETA HULU MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUL SAADAH LILBANAT BETA HULU
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT PULAI CHONDONG MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT PULAI CHONDONG
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH BANGGOL CHICHA
KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN KOK LANAS KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN KOK LANAS
MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN TUMPAT
MAAHAD TAHFIZ SAINS AL-MUHAMMADI NIPAH
MAAHAD TAHFIZ SAINS NURUL HIDAYAH TUALANG TINGGI
PROSEDUR PERMOHONAN
1) Pemohon wajib mengisi borang permohonan atas talian kemasukan ke tingkatan 1 maahad kawalan dengan lengkap.

2) Maklumat permohonan yang tidak lengkap dan palsu akan menyebabkan permohonan dibatalkan serta merta.

3) Selepas selesai mengisi borang permohonan, pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan sebanyak RM5 untuk mendapatkan angka giliran bagi menduduki Ujian Kelayakan Khas 2024 yang akan diadakan di pusat ujian tertentu.

4) Pemohon masih boleh mengemaskini maklumat diri dan pilihan maahad yang ingin dipohon setelah permohonan dibuat.

5) Namun, setelah pemohon membayar yuran pemprosesan RM5 dan telah mendapatkan angka giliran menduduki ujian,
- Sebarang penukaran pilihan maahad akan menyebabkan angka giliran lama dibatalkan dan,
- Pemohon perlu membuat semula pembayaran yuran pemprosesan RM5 untuk mendapatkan angka giliran baharu bagi menduduki Ujian Kelayakan Khas 2024.

6) Pemohon dikehendaki menghantar borang permohonan bersama dengan salinan Keputusan UPKK, Surat Beranak, Sijil-sijil Akademik Dan Sijil Khatam Al-Quran (jika ada) yang telah disahkan ke pusat peperiksaan yang tertulis pada borang permohonan.
UJIAN KELAYAKAN KHAS 2024 (UKK2024)
1) Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kelayakan Khas 2024.

2) Tarikh Ujian Lisan akan ditetapkan oleh pihak sekolah.

3) Ujian bertulis dijangka akan diadakan pada:
     Tarikh : 27/01/2024 (Hari Sabtu)
     Masa : 9.00 pagi
KEPUTUSAN TAWARAN PERMOHONAN
Keputusan tawaran dijangka akan diumumkan pada 27.02.2024 (Rabu)
PENGESAHAN TAWARAN PERMOHONAN
Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di Maahad berkenaan dalam masa 7 hari selepas keputusan ujian diumumkan.
Dijangka pada: 27/02/2024 - 05/03/2024
LAPOR DIRI KE MAAHAD KAWALAN
1) Pemohon yang berjaya dikehendaki melapor diri di Maahad berkenaan Sehari sebelum sesi persekolahan bermula.

2) Pemohon yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar.

PENGENALAN MAAHAD KAWALAN

Apa perbezaan Maahad Tahfiz Wal-Qira'at, Maahad Tahfiz Sains, Maahad Sains Tok Guru, Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat dan Maahad Muhammadi?

Yayasan Islam Kelantan (YIK) menawarkan:

1) Maahad Tahfiz Wal Qira'at(Lelaki) dengan kurikulum YIK yang menggabungkan Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Tahfiz dan Qira'at (30 juz hafazan).

2) Maahad Tahfiz Sains (aliran Sains Tulen) menawarkan pengajian berasaskan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) beserta hafazan 30 juz. Pengambilan untuk pelajar lelaki (Kok Lanas) dan perempuan (Tanah Merah).

3) Maahad Sains Tok Guru(Lelaki) adalah sekolah perintis YIK yang menggabungkan elemen tahfiz (5 juzuk), sains tulen, penguasaan bahasa Arab/Inggeris dan pengajian kitab turath (pondok) secara bersepadu. MSTG mengekalkan mata pelajaran teras berasaskan kurikulum arus perdana dan Maahad Bu'uth sebagaimana sekolah-sekolah YIK yang lain. Pendekatan program-program pembinaan jati diri, penguasaan bahasa dan pemahaman kitab turath adalah antara yang berbeza dengan sekolah YIK sedia ada. Di samping itu pemilihan guru juga antara yang terpilih dan mampu merealisasikan hasrat berkenaan.

4) Maahad Muhammadi pula menggunakan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) dalam aliran Sains Tulen dan Sastera. Pengambilan untuk pelajar lelaki di Maahad Muhammadi Lelaki dan perempuan di Maahad Muhammadi Perempuan.

5) Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat (Perempuan) menawarkan pengajian berasaskan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) beserta hafazan 30 juz. Selain itu, sekolah ini juga menawarkan elemen kemahiran jahitan dan kulinari.